Perkhidmatan Vaksinasi di Nilai.

Perkhidmatan vaksinasi untuk kanak-kanak dan dewasa, termasuk vaksinasi rutin, vaksin perjalanan, dan vaksin tambahan seperti influenza dan HPV.

Vaksinasi di Klinik Nilai Impian.

Klinik Nilai Impian menyediakan perkhidmatan vaksinasi untuk kanak-kanak dan dewasa bagi melindungi anda dan keluarga daripada penyakit berbahaya. Kami menawarkan vaksinasi mengikut keperluan kesihatan individu, sama ada untuk tujuan rutin, perjalanan, atau perlindungan tambahan.

Perkhidmatan Vaksinasi Kami.

Kami menyediakan pelbagai jenis vaksin untuk kanak-kanak dan dewasa, termasuk vaksinasi rutin, vaksin perjalanan, vaksin tambahan seperti influenza dan HPV, serta vaksin tifoid untuk pengendali makanan, bagi memastikan perlindungan yang lengkap terhadap penyakit berjangkit.

Vaksinasi Rutin

Vaksinasi wajib untuk kanak-kanak mengikut jadual Kementerian Kesihatan Malaysia, termasuk vaksin untuk penyakit seperti campak, polio, dan difteria.

Vaksinasi Tambahan

Vaksin tambahan seperti influenza untuk mengurangkan risiko penyakit bermusim dan HPV untuk melindungi daripada kanser serviks dan penyakit berkaitan.

Vaksinasi Perjalanan

Vaksin untuk penyakit yang biasa dijangkiti di luar negara, seperti hepatitis A, hepatitis B, dan tifoid.

Pengendali Makanan

Kami menyediakan vaksin tifoid untuk pengendali makanan bagi memastikan keselamatan dan kebersihan dalam penyediaan makanan.

Kenapa Memilih Kami.

Dapatkan lebih info mengapa warga Nilai memilih kami sebagai klinik pilihan mereka dan keluarga.

Doktor Berkelayakan

Pasukan kami terdiri daripada doktor yang berpengalaman dalam memberikan vaksin yang sesuai mengikut umur dan keperluan kesihatan anda.

Perkhidmatan yang Selamat dan Berkesan

Kami menggunakan vaksin yang disahkan dan disediakan dalam suasana yang selamat dan mesra.

Penjagaan Berkualiti

Kami memberi nasihat dan panduan mengenai vaksinasi serta memberikan perkhidmatan berkualiti untuk melindungi kesihatan anda.

Dapatkan Temujanji Fleksibel Anda.

Dapatkan temujanji anda untuk pelbagai servis perkhidmatan yang kami sediakan di Klinik Nilai Impian. 

Hubungi Kami, Klinik Nilai Impian.

Hubungi kami untuk mendapatkan temujanji anda dan sebarang pertanyaan mengenai servis rawatan dan perkhidmatan kami di Klinik Nilai Impian.

WhatsApp Kami

019-572 8141

Waktu Operasi

Isnin - Jumaat : 8.30AM - 10.30PM
Sabtu - Ahad : 9.00AM - 10.00PM

Alamat Kami

22, Jalan Dahlia 6/1, Nilai Impian, 71800 Nilai, Negeri Sembilan