Rawatan Batuk Berpanjangan di Nilai.

Kami membantu mengatasi batuk berpanjangan dengan rawatan yang disesuaikan untuk mengenal pasti punca dan memberikan penyelesaian yang tepat.

Batuk Tak Henti-Henti? Kenal Pasti Punca Sebenar & Dapatkan Rawatan Tepat.

Jika batuk anda sudah berlarutan lebih dari 3 minggu, ia mungkin bukan batuk biasa. Batuk berpanjangan boleh menjejaskan tidur, kerja, dan kualiti hidup anda. Di Klinik Nilai Impian, kami membantu mengenal pasti punca sebenar batuk anda dan menyediakan rawatan yang tepat untuk masalah pernafasan ini.

Batuk Lepas Jangkitan Virus (Post-Viral)

Batuk yang berterusan selepas selesema atau COVID-19.

Resdung / Alahan (Rhinitis atau Sinusitis)

Lendir yang meleleh ke tekak menyebabkan iritasi.

Asma atau Salur Pernafasan Sensitif

Disertai dengan sesak nafas atau bunyi 'wheezing'.

Gastrik atau Asid Reflux (GERD)

Asid yang naik ke tekak menyebabkan batuk, terutamanya waktu malam.

Bronkitis Kronik / COPD

Biasanya dialami oleh perokok.

Jangkitan atau Masalah Paru-paru

Seperti Tibi, pneumonia, dan masalah paru-paru lain.

Kesan Sampingan Ubat

Seperti ubat darah tinggi (ACE inhibitors).

Apa Yang Kami Tawarkan.

Kami menyediakan pemeriksaan menyeluruh, ujian sokongan, rawatan disesuaikan mengikut punca batuk, dan nasihat gaya hidup untuk mengatasi batuk berpanjangan.

Pemeriksaan Menyeluruh oleh Doktor

Kami mendengar dengan teliti, memeriksa, dan mengenal pasti punca sebenar batuk anda.

Rawatan Disesuaikan Dengan Punca

Rawatan berdasarkan diagnosis seperti ubat antihistamin, ubat asma, ubat tahan asid, atau antibiotik (jika perlu sahaja).

Ujian Sokongan Jika Perlu

Ujian seperti X-ray dada, ujian darah, fungsi paru-paru, atau ujian alahan bergantung pada gejala anda.

Nasihat Gaya Hidup & Persekitaran

Kami membantu mengenal pasti pencetus batuk dan memberi cadangan untuk mengelakkan habuk, asap, makanan tertentu, dan posisi tidur yang sesuai.

Kenapa Memilih Kami

Dapatkan lebih info mengapa warga Nilai memilih kami sebagai klinik pilihan mereka dan keluarga.

Lokasi Strategik & Mudah Diakses

Kami terletak di kawasan yang mudah diakses untuk kemudahan anda.

Doktor & Kakitangan Profesional dan Mesra

Pegawai kesihatan kami terdiri daripada profesional yang berpengalaman dan mesra.

Kemudahan Makmal & Diagnostik Di Klinik

Klinik kami dilengkapi dengan kemudahan makmal dan diagnostik untuk memastikan rawatan yang tepat.

Rangkaian Rujukan ke Pakar Jika Diperlukan

Kami menyediakan rujukan ke pakar sekiranya diperlukan untuk rawatan lanjut.

Temujanji Fleksibel & Menjimatkan Masa

Kami menawarkan temujanji fleksibel untuk menyesuaikan jadual anda.

Dapatkan Temujanji Fleksibel Anda.

Dapatkan temujanji anda untuk pelbagai servis perkhidmatan yang kami sediakan di Klinik Nilai Impian. 

Hubungi Kami, Klinik Nilai Impian.

Hubungi kami untuk mendapatkan temujanji anda dan sebarang pertanyaan mengenai servis rawatan dan perkhidmatan kami di Klinik Nilai Impian.

WhatsApp Kami

019-572 8141

Waktu Operasi

Isnin - Jumaat : 8.30AM - 10.30PM
Sabtu - Ahad : 9.00AM - 10.00PM

Alamat Kami

22, Jalan Dahlia 6/1, Nilai Impian, 71800 Nilai, Negeri Sembilan